CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 5, 2009

Pembuka Bicara...

Assalamualaikum...

Alhamdullillah....syukur! Aku dapat juge menyiapkan blog sendiri.hehe.. Blog yg dulu tu da aku delete.rasa bosan dan takde ape yg menarik untuk aku teruskan.Aku rasa blog yang kedua ni biarlah juge berkekalan seperti blog-blog para sahabat yang lain.Memandangkan dihujung-hujung tahun 2009 ni,aku rasa lebih bersedia untuk menjadi seorg penulis blog yang lebih matang dalam meletakkan bermacam2 entry.bukan lagi sebuah blog yang kosong..yang cuma di isi dek luahan hati.tapi sebuah blog yang dapat berkongsi bermacam2 perkara,tak kisahlah melalui pengalaman aku sendiri,pengalaman yang aku kutip dari orang lain,atau pun dari bahan bacaan ilmiah atau pun dari buah fikiran para bloggers yang aku gemar baca.

Lagi beberapa hari saja kita akan melangkah ke tahun baru 2010.Rasanya tak sedar sudah hampir setahun yang berlalu.Banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui tahun 2009 yang telah banyak membuatkan aku lebih berfikiran matang dalam pelbagai segi.Alhamdullilah,aku panjatkan kesyukuran kerana selama ini aku sering didampingi mereka-mereka yang tidak pernah lupa untuk bersama susah payah dan sentiasa bersama aku dalam bermacam-macam keadaan.Thanks a lot guys!! dan aku berharap tahun yang akan kita langkah lagi selepas ini..aku dapat lalui dgn lebih tabah.Aku berharap setiap cabaran dan dugaan yang aku tempuh nanti akan membuatkan aku lebih kuat.Ye..Allah menurunkan setiap dugaan kepada hamba-Nya kerana Dia tahu kita mampu.

Mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan...;

"Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu." - (Riwayat Bukhari)

0 comments: